Monday, April 11, 2011

pergh



Aku perasan sekarang dah mula ramai budak-budak remaja berjinak dlm arena perbasikalan ni...boleh kata diselangor,KL,Melaka.Pernah jugak nampak group yg main basikal ni... petang petang kat taman rumah aku pun berlambak ada jugak terserempak masa malam..mungkin benda ni dah lama popular tapi sekarang baru nampak ramai remaja yang mula berminat

Basikal yang aku maksudkan bukan le basikal jenis BMX yang pada zaman aku dulu-dulu memang cukup femes la basikal jenis BMX ni siap modified dan pasang aksesori tambahan pada basikal.. dulu sanggup tak makan kat sekolah semata-mata nak kumpul
duit buat beli barang basikal nih.. tapi zaman tu semua dah berlalu.. jauh berlalu.. tapi peminat-peminat bmx tak pernah pupus sama sekali sehingga la ke hari ni.Kita ambik contoh pertandingan x-games yang sering diadakan diluar negara dan pertandingan basikal bmx masih lagi dipertandingkan.

Mungkin demam basikal fixed gear atau di panggil single speed ni dah mula menular dikalangan remaja sekarang yang mana ini satu aktiviti yang cukup sihat.
Macam mana aku tak cakap sihat.. silap gaya boleh semput siapa yang naik basikal ni lagi pulak yang mendaki bukit tuh.. kalau aku mau semput dibuatnya.. melainkan ada gear macam basikal mountain bike boleh jugak tukar gear rendah ke..
Nak pulak kalau lintas di tanah gambut silap haribulan tak bergerak basikal tuh.. hehehe
Kadang-kadang tu bile keluar malam dari jauh nampak macam konvoi motor je.. aku jadi macam terkejut kejap apasal sikit punya banyak motor tapi satu bunyi pun tak ada jadi keliru disebabkan headlight yang dorang pakai tapi bila makin dekat baru perasan konvoi basikal fixed gear nih..


Kalau time aku dulu basikal macam ni kita orang panggil basikal prewel mati atau spoket mati tapi sekarang mana boleh pakai nama tu lagi mesti la nak kene upgrade sikit.. apa yang aku tahu basikal ni di panggil basikal fixed gear atau fixie di kalangan dorang nih.Apa yang lebih menarik bagi aku basikal ni ditunggang tanpa break.Bile ditanya macam mana nak break
dorang cakap break pakai kaki maknernyer kita hanya meluruskan kaki dan menahan pedal basikal nih atau nama lain dipanggil skidstop@short skid.
fuhh!! nak break pun ada skill dengan basikal nih aku tak dapat bayangkan kalau basikal ni ditunggang laju tetiba nak break emergency!! kaki mesti mau kuat nak
menahan padel basikal nih yang sedang berputar laju.

Basikal fixed gear atau single speed ni kalau dilihat dari segi harga pun boleh tahan jugak harganya.. semua bergantung pada jenama basikal dan metarial basikal nih.. jenama-jenama seperti Giant, Fuji, Niner CreateBikes, Eighthinch, Dodici ni adalah nama nama
yang senonim dengan aktiviti basikal ni.Harga pasaran apa yang aku tahu bermula dari RM300 membawa la sampai ke ribu ribu harganya..
pergh!! kalau dah beli basikal ribu riban ni kalau tak ditunggang jugak aku tak tau la nak cakap apa..

Macam biasa la kalau dah melibatkan remaja apa pun mesti ada skill skill atau trick baru la gempak tak gitu?
Basikal fixed gear ni pun tak terlepas dari itu semua. Korang try je la tanya encik youtube tu mesti ada jumpa punya video pasal skill basikal ni.. aku malas nak letak dalam blog ni disebabkan line celcom aku slow tahap dewa.. aku nak cari maklumat
lebih pasal basikal ni pun terbantut.. atau pun kalau korang nak
cari geng-geng dikalangan penunggang basikal fixie ni boleh je join forum basikal ni yang diwujubkan oleh encik Irman hilmi di alamat http://forum.grafa-design.com/ selain tu ada jugak geng-geng basikal ni macam dekat Subang(GRAFA), Sri Damansara (ABC), Gombak, Shah Alam (TRAILRIDERMAD), Kota Damansara. Banyak jugak group Fixed Gear yang ada kat Malaysia ni, RATSKL (Kuala Lumpur), JF Faction (Kedah), HARUFixed (Melaka), Southernfix(JB), WDB dan banyak lagi..

No comments:

Post a Comment

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/550436_2809458495329_1824731761_1621104_309429498_n.jpg